Wednesday, July 22, 2009

Idea business dari sahara noon

10 tip tambah duit


MEMBUAT kuih-muih dapat menambah pendapatan.


Kenaikan harga barang keperluan harian dan juga keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini memaksa orang ramai berjimat cermat ketika berbelanja.

Ramai berusaha mencari kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat.

Bagaimanapun, Sahara Noon, Pengurus Pemasaran Avon Malaysia ingin berkongsi sepuluh idea berikut:

1-Menjadi wakil Avon: Dengan modal RM15 sahaja, Avon memberi peluang kepada anda untuk memulakan bisnes dan jadi bos sendiri. Anda boleh kerja dari rumah pada waktu yang fleksibel.

2-Menjadikan hobi anda sebagai kerja sampingan: Ubah suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual.

3-Memaksimum bakat menjahit atau membuat kuih: Mulakan bisnes and bertanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju atau membeli kuih dan kek anda.

4-Bakat muzik: Kalau anda pandai bermain peralatan muzik, anda boleh mengajar dengan kadar RM30 sejam.

5-Jika anda minat mengarang: Anda boleh jadi penulis sambilan atau penulis novel.

6-Jualan garaj: Jual barang- barang lama yang tidak digunakan lagi.

7-Tuisyen: Anda boleh memberi kelas tuisyen kepada pelajar sekolah berdekatan rumah anda.

8-Sewa bilik di rumah: Jika anda ada bilik yang tidak digunakan, apa salahnya disewakan?

9-Mendandan: Menawarkan perkhidmatan mendandan pengantin atau mereka gubahan hantaran perkahwinan.

10-Mengasuh: Menjaga anak-anak jiran atau sahabat-sahabat rapat.

Thursday, July 16, 2009

How your talent can be your pocket money

on my desk, 17th july.

sekali lagi di pelawa untuk menjadi drummer untuk konvokesyen UTP. main lagu keroncong untuk mengiringi graduan ambil ijazah.

this means money money money.haha
dapat sikit je pun. tapi siapa yg nak bagi duit free. hah, cakap, cakap!

baca entri ni pasal making money happily. selamat mencuba tips-tips yg tak hebat ini!

macam nak beli ipod and external lah.. siapa tau kat mana boleh beli ipod murah-murah?

1.6 bilion unit tambahan ASM ditawar mulai Selasa

for moderate investors, jangan lepaskan peluang ini!

Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan menawarkan 1.6 bilion unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang dibuka langganannya untuk semua rakyat Malaysia.

Unit tambahan ASM itu yang turut merangkumi baki unit kuota Bumiputera yang belum habis dilanggan akan dibuka untuk langganan bermula Selasa minggu depan.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dalam tempoh tujuh hari bermula hari pembukaannya, setiap pelabur hanya boleh melanggan maksimum 20,000 unit pada asas ‘siapa cepat dia dapat’. 

Bagaimanapun, katanya jika masih ada baki unit yang masih tidak dilanggan selepas tempoh itu, pelabur boleh melanggan tanpa sebarang had.

Beliau berkata, bagi melanggan unit tambahan itu, pelabur boleh mengunjungi pejabat cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan Pos Malaysia mulai jam 8 pagi hingga 4 petang, manakala urus niaga di ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank bermula jam 9.15 pagi hingga jam 4.00 dan 4.30 petang.

“Semua urus niaga ASM hendaklah dilakukan dengan wang tunai di pejabat cawangan ASNB dan semua ejen ASNB. Bank deraf hanya diterima di pejabat cawangan ASNB saja,” katanya sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

ASM adalah sebuah dana ekuiti-pendapatan dan dilancarkan pada 2000 dengan matlamat memberikan peluang pelaburan jangka panjang kepada pemegang unit menerusi pengekalan modal di samping menjana pulangan berdaya saing dan berterusan menerusi portfolio pelaburan yang pelbagai.

Ia adalah saham amanah berharga tetap dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berusia enam bulan ke atas.

ASM dilancarkan dengan saiz dana berjumlah dua bilion unit, yang mana ia habis dilanggan dalam tempoh 21 hari.

Bagaimanapun, sejumlah 3.33 bilion unit tambahan ASM diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada acara Minggu Saham Amanah Malaysia, yang mana buat pertama kali sistem kuota diperkenalkan bagi melanggan saham amanah itu.

Daripada 3.33 bilion unit tambahan itu, 999 juta unit diperuntukkan kepada kaum Cina dan 500 juta lagi kepada India, manakala 1.6 bilion untuk Bumiputera. 

- BERITA HARIAN

Wednesday, July 15, 2009

Pelaburan emas

ok, ni nak kongsi sedikit pasal pelaburan: emas.

apa yg terbayang di kepala tuan-tuan bila sebut emas? barang kemas ibu? isteri? akak?
sebenarnya kita boleh menjadi pelabur yg paling "play safe" as memilih emas sebagai medium pelaburan. "uhm?kenapa pulak pelabur emas ni play safe?" . yela , emas ni trend dia sentiasa meningkat setiap tahun. kalau jatuh pun , dia akan naik balik dengan cepat.

saya tidak akan bercerita terlalu detail on emas. tapi how to invest on emas. boleh?
p/s- info ini hanya berdasarkan apa yg saya tahu. so, kemungkinan besar, ada lagi cara untuk melabur dengan emas di dunia ini.


http://www.oblworld.com/images/emas.bmp
1) Beli barang kemas
yup. pergi kedai emas, beli lah gelang emas ka, cincin ka, rantai ka. pastu tunggu beberapa tahun bila harga emas semakin mahal, jual kat kedai emas jugak. tapi kaedah ini tidaklah digalakkan sebab, labor cost yg hanya merugikan anda. begini, beli gelang emas harga 1500 ringgit. pastu jual balik selepas 5 tahun harga 2000 ringgit. tahukah anda yg harga beli emas tu boleh di kurangkan lagi sampai 500 sahaja? kedai jual rm1500 sebab nak cover cost designer, cost sewa kedai dsbgnya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQFs3KOf_3Auqqu1Gz79v5NJWjZUAaSDln6tO38AMS-CXHoN9UpuvV5o2e3wWe7ubekhbHx_ea_B-iEL0B5D-V7t4hEVElwf6sFJn14V4iyGPZ0IR_PosFgSakhwNgUijidbKn3MkSKwo/s400/kijang1.jpg

2) Beli kijang emas
Kijang emas?? kejadahnya tu?kijang emas ni ialah syiling emas yang dikeluarkan oleh BANK NEGARA MALAYSIA. ya tuan-tuan. BNM. kijang emas mempunyai harga pasaran yg dikeluarkan oleh BNM sendiri berdasarkan harga emas dunia semasa. untuk memilikinya, sila googel sendiri. jangan malas. boleh didapati di cawangan MAYBANK tertentu sahaja.


http://jutawanemas.com/v1/wp-content/uploads/close_up.jpg

3) Beli harga emas
Anda boleh beli emas, tanpa perlu memegang emas tersebut. bagaimana? beli harga emas . macam beli saham la. anda tak dapat pegang secara fizikal syarikat tu, tapi u own it. beli time murah. jual time harga emas naik. konsepnya sama saja. boleh dibeli di PUBLIC BANK dan MAYBANK . i chose this method sebab lagi selamat (tak payah simpan emas bawah bantal) dan sekarang tengah tunggu masa saja nak jual.


http://www.denverstockexchange.com/images/Gold%20Mining%20_B221.jpg
4) Beli saham syarikat lombong emas
yang ini extreme sikit. sama saja macam beli saham betul. pergi OSK, cari syarikat yg melombong emas. beli beberapa lot, dan tunggu harga pasaran melambung. usually gold mining company sentiasa panas di pasaran.



semakin kurang risiko, semakin kurang profit. kan? don't expect too much kalau invest emas ni. sebab cost mahal. macam ni, ibarat beli saham google. saham google mahal kan? oleh kerana kita ni tak la kaya sangat, kita mampu invest sikit saja. jadi unit yg kita dapat pun sikit jela kan? jadi bila jual pun, sikit saja yg kita dapat. faham? contohnya:

MEMBELI SAHAM GOOGLE YG KUKUH

harga seunit : RM2
duit yg kita ada: RM1000

selepas melabur, dapat la 500 unit.
harga seunit meningkat kepada RM2.50 kita pun jual..

500 x 0.5 = 250

untung kita hanya RM250

MEMBELI SAHAM CARI.NET YG TIDAK STABIL

harga seunit : RM1
duit yg kita ada: RM1000

selepas melabur, dapat la 1000 unit.
harga seunit meningkat kepada RM1.50 kita pun jual..

1000 x 0.5 = 500

untung RM500

tapi diingatkan, risiko nya lagi tinggi berbanding melabur dalam GOOGLE

begitulah perumpamaan melabur dalam emas berbanding jenis-jenis pelaburan yg lain. selamat mencuba!

Selepas 2 bulan | ikanstim dan bisnesharian

salam. how do you do?

duh, dah 2 bulan tak update bisnesharian. i was planning to give up on bisnesharian as i am tired of thinking about money. haha. ya, its for real. memang rasa penat. tapi business man mana boleh berundur sebelum jadi jutawan kan? hehe

entri 2 bulan lepas yg ditulis pada 2nd may 2009 ada tertulis yg saya akan cerita lebih pasal saham kan? malas la nak cerita. kalau ada orang request baru saya cerita.

erm.. im thinking of transforming my bisnesharian blog to my personal thoughts on finance and money thingy. boleh kan? sebab this blog is more me than ikanstim blog. eventhough ikanstim is much much famous than bisnesharian. oh, belum pernah tengok ikanstim? klik

apa yg sebenarnya berlaku selepas 2 bulan? macam biasalah, urus-urus my public mutual business dan takaful malaysia.(my public mutual? haha. my father's laa) nah, baca entri ni .

i actually managed to earn 4-5 hundred (i wish it was k's) during my 1month semester break. "ceh, 4-5 ratus pun nak bising". haha. ekeleh, memang la sikit.. tapi itu kira gaji sebulan kerja kat kedai RM2 la.. lagipun im working on my own. im the boss. rilek je kerja. kol-kol orang, drive kereta sendiri than dapat duit. tak payah nak bangun pukul 9 balik pukul 5 petang.

oya, ada cerita pasal pelaburan emas. lepas ni akan diceritakan.