Thursday, July 16, 2009

1.6 bilion unit tambahan ASM ditawar mulai Selasa

for moderate investors, jangan lepaskan peluang ini!

Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan menawarkan 1.6 bilion unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang dibuka langganannya untuk semua rakyat Malaysia.

Unit tambahan ASM itu yang turut merangkumi baki unit kuota Bumiputera yang belum habis dilanggan akan dibuka untuk langganan bermula Selasa minggu depan.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dalam tempoh tujuh hari bermula hari pembukaannya, setiap pelabur hanya boleh melanggan maksimum 20,000 unit pada asas ‘siapa cepat dia dapat’. 

Bagaimanapun, katanya jika masih ada baki unit yang masih tidak dilanggan selepas tempoh itu, pelabur boleh melanggan tanpa sebarang had.

Beliau berkata, bagi melanggan unit tambahan itu, pelabur boleh mengunjungi pejabat cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan Pos Malaysia mulai jam 8 pagi hingga 4 petang, manakala urus niaga di ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank bermula jam 9.15 pagi hingga jam 4.00 dan 4.30 petang.

“Semua urus niaga ASM hendaklah dilakukan dengan wang tunai di pejabat cawangan ASNB dan semua ejen ASNB. Bank deraf hanya diterima di pejabat cawangan ASNB saja,” katanya sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

ASM adalah sebuah dana ekuiti-pendapatan dan dilancarkan pada 2000 dengan matlamat memberikan peluang pelaburan jangka panjang kepada pemegang unit menerusi pengekalan modal di samping menjana pulangan berdaya saing dan berterusan menerusi portfolio pelaburan yang pelbagai.

Ia adalah saham amanah berharga tetap dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berusia enam bulan ke atas.

ASM dilancarkan dengan saiz dana berjumlah dua bilion unit, yang mana ia habis dilanggan dalam tempoh 21 hari.

Bagaimanapun, sejumlah 3.33 bilion unit tambahan ASM diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada acara Minggu Saham Amanah Malaysia, yang mana buat pertama kali sistem kuota diperkenalkan bagi melanggan saham amanah itu.

Daripada 3.33 bilion unit tambahan itu, 999 juta unit diperuntukkan kepada kaum Cina dan 500 juta lagi kepada India, manakala 1.6 bilion untuk Bumiputera. 

- BERITA HARIAN

2 comments:

KittyCat said...

Lain-lain macam mana??? Saya pernah beli ASM jadi peruntukan ini berdasarkan kaum adalah berita baru bagi saya...

IkanStim said...

setakat ni ASM saja yg di tawarkan.