Wednesday, July 15, 2009

Pelaburan emas

ok, ni nak kongsi sedikit pasal pelaburan: emas.

apa yg terbayang di kepala tuan-tuan bila sebut emas? barang kemas ibu? isteri? akak?
sebenarnya kita boleh menjadi pelabur yg paling "play safe" as memilih emas sebagai medium pelaburan. "uhm?kenapa pulak pelabur emas ni play safe?" . yela , emas ni trend dia sentiasa meningkat setiap tahun. kalau jatuh pun , dia akan naik balik dengan cepat.

saya tidak akan bercerita terlalu detail on emas. tapi how to invest on emas. boleh?
p/s- info ini hanya berdasarkan apa yg saya tahu. so, kemungkinan besar, ada lagi cara untuk melabur dengan emas di dunia ini.


http://www.oblworld.com/images/emas.bmp
1) Beli barang kemas
yup. pergi kedai emas, beli lah gelang emas ka, cincin ka, rantai ka. pastu tunggu beberapa tahun bila harga emas semakin mahal, jual kat kedai emas jugak. tapi kaedah ini tidaklah digalakkan sebab, labor cost yg hanya merugikan anda. begini, beli gelang emas harga 1500 ringgit. pastu jual balik selepas 5 tahun harga 2000 ringgit. tahukah anda yg harga beli emas tu boleh di kurangkan lagi sampai 500 sahaja? kedai jual rm1500 sebab nak cover cost designer, cost sewa kedai dsbgnya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQFs3KOf_3Auqqu1Gz79v5NJWjZUAaSDln6tO38AMS-CXHoN9UpuvV5o2e3wWe7ubekhbHx_ea_B-iEL0B5D-V7t4hEVElwf6sFJn14V4iyGPZ0IR_PosFgSakhwNgUijidbKn3MkSKwo/s400/kijang1.jpg

2) Beli kijang emas
Kijang emas?? kejadahnya tu?kijang emas ni ialah syiling emas yang dikeluarkan oleh BANK NEGARA MALAYSIA. ya tuan-tuan. BNM. kijang emas mempunyai harga pasaran yg dikeluarkan oleh BNM sendiri berdasarkan harga emas dunia semasa. untuk memilikinya, sila googel sendiri. jangan malas. boleh didapati di cawangan MAYBANK tertentu sahaja.


http://jutawanemas.com/v1/wp-content/uploads/close_up.jpg

3) Beli harga emas
Anda boleh beli emas, tanpa perlu memegang emas tersebut. bagaimana? beli harga emas . macam beli saham la. anda tak dapat pegang secara fizikal syarikat tu, tapi u own it. beli time murah. jual time harga emas naik. konsepnya sama saja. boleh dibeli di PUBLIC BANK dan MAYBANK . i chose this method sebab lagi selamat (tak payah simpan emas bawah bantal) dan sekarang tengah tunggu masa saja nak jual.


http://www.denverstockexchange.com/images/Gold%20Mining%20_B221.jpg
4) Beli saham syarikat lombong emas
yang ini extreme sikit. sama saja macam beli saham betul. pergi OSK, cari syarikat yg melombong emas. beli beberapa lot, dan tunggu harga pasaran melambung. usually gold mining company sentiasa panas di pasaran.



semakin kurang risiko, semakin kurang profit. kan? don't expect too much kalau invest emas ni. sebab cost mahal. macam ni, ibarat beli saham google. saham google mahal kan? oleh kerana kita ni tak la kaya sangat, kita mampu invest sikit saja. jadi unit yg kita dapat pun sikit jela kan? jadi bila jual pun, sikit saja yg kita dapat. faham? contohnya:

MEMBELI SAHAM GOOGLE YG KUKUH

harga seunit : RM2
duit yg kita ada: RM1000

selepas melabur, dapat la 500 unit.
harga seunit meningkat kepada RM2.50 kita pun jual..

500 x 0.5 = 250

untung kita hanya RM250

MEMBELI SAHAM CARI.NET YG TIDAK STABIL

harga seunit : RM1
duit yg kita ada: RM1000

selepas melabur, dapat la 1000 unit.
harga seunit meningkat kepada RM1.50 kita pun jual..

1000 x 0.5 = 500

untung RM500

tapi diingatkan, risiko nya lagi tinggi berbanding melabur dalam GOOGLE

begitulah perumpamaan melabur dalam emas berbanding jenis-jenis pelaburan yg lain. selamat mencuba!

1 comment:

gobliners said...

yeahh..keep it comin'..dh lama tunggu update..